Sunday, October 5, 2008


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat smua yang mengenali diri ini..Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua sahabat² yang mengenali diri aku..yang berada dimlaysia insyaallah tahun hadapan kita bersua muka ye..hehehe..aku rindu dengan semua,keluarga,saudara mara dan teman²..Doakan aku sejahtera disini dan berjaya...dan taklupa tolong doakan aku kawen cepat..hehehehe..oklah la..tu jek yang dapat aku tulis wat kali ini..jumpa lagi pada post aku akan datang..yahooooooo

Friday, October 3, 2008

Sedih Rasa Hati Ini


Hari ini aku mula menulis lagi,aku terkilan tak dapat hadiri majlis harilahir kawan-kawan aku di tanta..maafkan aku kawan-kawan..bukan sengaja tak nak datang tapi ada masalah yang tak dapat dielakkn,dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada sahabatku ABUL,MIKAEL,RAHIM,BOB...semoga korang semua bahgia,dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH..insyaallah..dilain hari kita berjumpa lagi..

Thursday, October 2, 2008

Wanita Bujang Susukan Anak Angkat


Sejak kebelakangan ini, tajuk ini sering di diperkatakan masyarakat berhubung pengambilan pil hormon atau suntikan sebagai penggalak susu badan oleh wanita yang belum berkahwin bagi menyusukan anak angkat mereka.

Perkara ini telah dibangkitkan seawal tahun ini sebagaimana pada 1 Januari 2007 di Akhbar Bernama bertajuk "Wanita Bujang Susukan Anak Angkat Jejas Struktur Sosial Negara".

"Kecenderungan sesetengah wanita profesional bujang yang mengambil pil penggalak susu badan untuk menyusukan bayi angkat mereka adalah perkara yang kurang baik kerana ia menjejaskan struktur sosial", kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Susulan daripada itu, masih belum ada ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menghalal atau mengharamkan seseorang wanita yang belum berkahwin mengambil pil hormon bagi menyusukan anak angkat mereka sebagaimana yang nukilkan dari Akhbar Utusan bertarikh 30 Jun 2007 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1428 bertajuk "Belum ada fatwa wanita bujang susui anak angkat"

Sementara menunggu keputusan fatwa berhubung perkara tersebut dibuat, persoalan tentang adakah ibu tersebut akan menjadi ibu susuan manakala anak tersebut pula menjadi anak susuan walaupun ibu tersebut belum bersuami?.

Sepanjang pemerhatian saya,tiada syarat untuk menjadi ibu susuan, seseorang wanita itu perlu berkahwin dan disetubuhi.

Sekiranya seseorang bayi menyusu dari seseorang wanita mengikut syarat-syaratnya iaitu berusia kurang dari dua tahun dan lima kali kenyang mengikut mazhab Syafi'e maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan dan memberi kesan terhadap nasab.

Namun untuk kepastian,persoalan ini telah saya ajukan kepada Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki melalui pesanan ringkas(sms).Beliau menjawab "akan jadi anak susuan dan itu termasuk suatu hal yang baru yang boleh membawa khilaf dikalangan ulama"

Berbalik kepada hukum menyuntik hormon sebagai penggalak susu Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki menjawab"Kalau memang ada hajat atau keperluan yang memaksa ok lah".

Oleh yang demikian,kemungkinan persoalan yang boleh ditimbulkan di dalam permasalahan ini adalah:

Adakah terdapat hajat dan keperluan yang memaksa untuk menyuntik atau memakan pil hormon penggalak susu bagi wanita yang belum berkahwin?

Bagi wanita yang sudah berkahwin dan baru memiliki anak namun tiada susu untuk menyusukan anak tersebut lalu mengambil pil atau suntikan hormon penggalak susu merupakan hajat dan keperluan bagi wanita tersebut untuk menyusukan anaknya.{hanya kebarangkalian ibu tersebut tidak memiliki susu}

Manakala bagi wanita yang belum berkahwin mengambil pil atau menyuntik hormon di dalam badan untuk menyusukan anak angkatnya,saya masih lagi mencari cari adakah ada hajat dan keperluan wanita yang belum berkahwin ini bertindak mengambil pil atau menyuntik hormon penggalak susu.Buat masa ini saya tidak melihat ada hajat dan keperluan untuk wanita tersebut.

Saya tinggalkan tentang hajat dan keperluan tersebut untuk memberi tumpuan pada kesan pengambilan pil atau hormon tersebut.

Sekiranya terdapat kesan sampingan yang boleh memudharatkan wanita tersebut hasil daripada pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu,tentunya perbuatan ini tidak dibenarkan oleh syara'.

Firman Allah s.w.t:

وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُم إِلىَ التَهْلُكَةِ

Maksudnya:Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah Al Baqarah :195)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda:

لاَضَرَروَلاَضِرَار

Maksudnya:Tidak boleh memberi mudharat dan menerima mudharat

Dalil dalil ini jelas menunjukkan bahawa syara' tidak membenarkan pengambilan ubat atau suntikan hormon sekiranya boleh membawa mudharat kepada sesorang individu.Untuk mengetahui mudharat ataupun tidak kita serahkan pada ahlinya iaitu doktor kesihatan.

Seterusnya untuk mengetahui bahan di dalam pil dan hormon tersebut saya tidak ketahui kerana saya bukan ahlinya.Justeru itu,sekiranya bahan di dalam pil atau hormon tersebut terdiri daripada bahan yang diharamkan maka pengambilan tersebut diharamkan.

Dan di antara perkara yang perlu diperhatikan di sana adakah terdapat mafsadah dari tindakan mengambil pil atau menyuntik hormon di dalam badan sebagai penggalak susu?

Kebarangkalian mafsadah yang saya cuba senaraikan adalah.

-Akan berlaku suatu golongan wanita yang tidak mahu berkahwin tetapi inginkan anak.Dengan cara dan jalan yang mudah mereka akan mengambil anak angkat kemudian mengambil pil atau suntikan hormon penggalak susu untuk menjadi ibu susuan.Dengan cara itu,wanita tersebut memperoleh anak susuan yang batas pergaulan dan muamalahnya termasuk aurat,perkahwinan dan sebagainya sama seperti ibu dan anak.

-Institusi kekeluargaan akan terbantut kerana ramai wanita tidak lagi mahu berkahwin tetapi boleh memiliki anak angkat sebagaimana kebarangkalian tadi.

-Setiap wanita boleh menjadi ibu tanpa berkahwin.

-Tiada lagi istilah ibu angkat kerana semua wanita boleh menjadi ibu susuan.

-Menyalahi kebiasaan.

-Akan berlaku fitnah terhadap wanita tersebut kerana susu akan terhasil daripada kehamilan.

Kaedah feqhiah mengatakan

دَرءُ الْمَفََاسِد أولَى مِن جَلب المَصَالِح""

Maksudnya:Menolak mafsadah lebih utama daripada meraih keuntungan

Di antara faktor kemungkinan yang boleh disenaraikan bagi punca wanita bujang menyusukan anak melalui pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu adalah:

-Wanita yang sudah berusia lanjut dan belum berkahwin tetapi ingin memiliki anak.

-Naluri wanita yang inginkan anak tetapi tidak mampu memilikinya atas sebab usia ataupun mandul.

-Kepentingan kerjaya sehingga tidak mahu berkahwin tetapi ingin memiliki anak dan tidak mahu mengharungi kehidupan berumahtangga.

Wallahu A'lam.

-Segala komen dan teguran anda amat di alukan